Tuesday 8 April 2014

1

Dia masuk ke dalam bilik itu, terus menuju ke meja bosnya tanpa menghiraukan orang-orang yang telah berada di situ lebih dahulu daripadanya. 
Derapan langkahnya kasar lagi laju.

"Hey, you scum! What you have done to my mother!?"

Pandangan 2 orang tetamu Britain berambut perang, segak berkot hitam segera menjamah wajah wanita itu sebelum kembali kepada Azman - CEO syarikat Revoluton Sdn. Bhd. 

"What nonsense are you talking about? And by the way, who are you? Coming out of nowhere without a sign. Or maybe you didn't find the exit sign. Don't worry, my friends will help you."

Azman menekan punat-punat telefon pejabat di mejanya. Serta merta, 2 orang pengawal berperut sedikit buncit ke hadapan masuk dan mencengkam kasar kedua-dua lengan Affiana dan ingin menariknya keluar.

"Eii, lepaslah! Apa pegang2 ni?? Dosa lah!"
Affiana meronta menghayunkan-hayunkan lengannya dengan harapan dapat melepaskan diri daripada genggaman 2 orang pengawal lelaki itu. Sia-sia.

"Azman! You gonna pay this back hundred times from what you had done to my family! I will make sure I will get back what you had stole from us and send you down to the deepest hell! Son of a ..."

Affiana telah jauh dibawa pergi daripada pejabat Azman sebelum sempat kata-kata terakhirnya habis didengari oleh mereka bertiga.


Ternyata Azman menghadapi situasi itu dengan tenang sekali tanpa sebarang pengzahiran resah di wajah. Kelicikannya dalam segala perkara menjadikan ia kebal dengan provokasi seperti itu walaupun dia berada bersama orang-orang yang berkepentingan. Pandai pula ia mengalihkan pandangan para tetamunya itu. Bijak menghalang sebarang persoalan berkenaan peristiwa yang berlaku beberapa saat yang lalu.

Azman merenung mejanya seketika. Senyum. Berbaur sinis. Kemudian kembali mengalihkan perhatian kepada 2 lelaki kulit putih itu..

Nantikan sambungannya di 

aimanachim96.blogspot.com
In shaa Allah

No comments:

Post a Comment