Friday 11 April 2014

2

Tup tup tup

Pintu bilik itu diketuk berkali-kali. Tiada jawapan.
Diketuk lagi buat kali kedua, tapi kali ini dengan memberi salam.

Sunyi.

"Mana pula dia ni," dengus Farid, "Dah sebulan berlalu, bila datang tak ada orang. Bila call, tak mahu pula menjawab."

Farid memegang telefon bimbitnya dan berulang-ulangkali menekan permukaan skrin, tiada tujuan, hanya sebagai petunjuk bahawa dia dalam keadaan bingung dan mati akal dalam keadaan dia sendiri tidak sedar perbuatan sia-sianya itu.

Sambil-sambil tu Farid berjalan mundar-mandir di sekitar kawasan bilik 126 di apartment usang itu. Seketika kemudian, dia menuruni dan menaiki anak tangga. Seolah-olah masih menunggu kedatangan seseorang – orang yang penting. Farid mahu mendapatkan jawapan daripadanya.

Allahuakhbar! Allahuakhbar!

Azan maghrib dilaungkan dari surau berdekatan dengan apartment itu. Dia meradang. Tidak tahu sama ada meradang kerana azan dilaungkan atau kerana penghuni bilik 126 itu.

Arghh!

Jerit hatinya. Dia melepaskan geramnya pada pintu bilik itu melalui kakinya yang bersaiz 11.

"Bodoh!"


Farid pun berlalu dari situ dan menuruni tangga apartment itu.

"Kau cari aku ke?"

Tiba-tiba kedengaran suara dari belakangnya. Langkahnya yang deras menuruni anak-anak tangga tadi serta-merta dihentikan. Dari agakannya, Farid menjangkakan pemilik suara itu berada di penghujung anak tangga tangga di atas.

Dia menolehkan kepalanya dan kemudian badannya pula ke arah suara itu tadi.
Lembaga itu tidak jelas kelihatan pada waktu itu kerana senja pun telah tiba. Farid mengecilkan matanya untuk mengecam siapakah gerangan yang bersuara padanya tadi.

"Siapa?" soal Farid kepada orang itu.

Orang itu mendekati Farid dengan langkah perlahan menuruni anak-anak tangga satu persatu.

"Amboi, Farid. Baru sebulan tak bersua muka, kau dah lupakan aku?"

Aneh. Farid tak dapat mengecam suara itu. Lain sekali. Sebulan sudah tidak bersua muka? Adakah.. Ah! Tak mungkin!

Semakin lama semakin jelas pada pandangan Farid akan orang itu. Farid membeliakkan matanya.

"Sebulan? Jangan.. Mustahil! Kau.."

"Ya... Aku bukan seseorang yang kau panggil 'Danial' itu." Wajah orang itu masih tidak jelas. Tubuh sederhana besar itu hanya disimbahi cahaya lampu jalan berdekatan.

"Farid. Kau pun tahu kenapa sistem itu gagal? Kita semua pun tahu bahawa kegagalan mesin 'El-Kahf' berfungsi disebabkan kita tidak memberinya 'makanan' yang betul. Maka disebabkan itu, projek agung yang telah kita semua usahakan bersama memakan masa 3 tahun itu akhirnya bernoktah di situ tanpa penutup yang cantik." Sambungnya. Orang itu seolah-olah sengaja memberikan 'petunjuk' kepada Farid.

Farid terkejut. Lebih terkejut berbanding sewaktu suara garau itu menyapa dia dari belakang tadi.

"Wilson, apa kau dah buat dengan adik aku!!?" Farid meninggikan suaranya dengan nada separuh menjerit.

"Farid. Kita perlukan Danial sebagai 'makanan'nya.." ujar Wilson dengan wajah bersahaja. Lelaki Inggeris itu ternyata berlidah Melayu. Dia tampil berpakaian serba hitam daripada atas sampai ke bawah. Hanya ber't-shirt' dan berseluar jeans hitam gelap. Mata birunya pula belindung di sebalik kaca mata.

"Sial!" hambur Farid.

Belum sempat Farid meluru mendekati Wilson, dia direnjat dengan pistol elektrik dari belakang. Farid terus rebah di atas anak-anak tangga tidak sedarkan diri.

"Bawa dia ke Makmal 101." Wilson memberikan arahan.

Nantikan sambungannya di
aimanachim96.blogspot.com

No comments:

Post a Comment