Saturday 22 November 2014

Orang Masjid

Situasi di masjid *******
'Org masjid' : Assalamualaikum. Buat apa ni dik? Ramai2 kumpul ni. Ada program apa? Kamu student ke?
Generasi Quran : Waalaikumussalam, ya pakcik kami student ipt. Kami baca quran pakcik. Ramai2 duduk kat sini, just nak berzikr kepada Allah.
'Org masjid' : Ooooo ye keee..... Tadi pakcik tengok macam ada buat forum bagai, siap ada panel dan moderator. Kamu semua ada isi borang minta kebenaran tak?
Generasi Quran : Aah, kami buat forum tentang kepentingan beramal dengan quran.... Kena isi borang ke pakcik? Saya ingat boleh terus je buat program kami. Lagipun tak besar manapun. Kecik2 je. Itupun kami tak guna kerusi. Quran kami guna sendiri punya, bukan masjid punya.
'Org masjid' : eeehhhh. Mana boleh macam tu dik oi. Kene mintak permission dulu dari pihak masjid. Buat surat, pastu tunggu respond dari pihak masjid. Macam masuk rumah orang lah dik, mintak izin dulu. Adik suka kalau orang suka2 masuk rumah adik tak bagitau?
Generasi Quran : Lahhh..... ini rumah 'pihak masjid' rupanya.... Kami ingat ni RUMAH ALLAH. Hahaha. Biasanya kalau rumah Allah, In shaa' Allah Dia izin je kami makmurkan dengan solat jemaah, tadabbur quran, dan buat majlis ilmu. (SIila baca dengan nada sinis. Mereka yang dikatakan 'org masjid' tak mencerminkan mereka ni org yang memakmurkan masjid langsung. Tiada roh Islam di masjid itu.)
Oklah pakcik kalau gitu kami permisi dulu, kami nak cari "Masjid".

Wednesday 19 November 2014

DOA SAIDINA ALI PADA SAAT JATUH CINTA DENGAN FATIMAH

Aku pernah meminatinya..
Tapi, Kini aku dah berubah..
Namun, Aku masih sayangkan dia..
Ya Allah, Kau tahu hati ini terikat suka akan keindahan seorang insan ciptaanMu..
Tapi aku takut..
Cinta yang belum waktunya menjadi penghalangku mencium syurgaMu..
Berikan aku kekuatan menjaga cinta ini, sampai tiba waktunya..
Andai engkau pun mempertemukan aku dengannya kelak..
Berikan aku kekuatan melupakannya sejenak..
Bukan kerana aku tak mencintainya.. Justeru kerana aku sangat mencintainya.....amin