Wednesday 16 April 2014

Perjalanan

Bismillahirrahmanirrahim
Puji-pujian selayaknya untuk Allah SWT

Buat para pengunjung, terima kasih kerana sudi bertandang ke sini.
Buat diriku, semoga Allah memberikan pengampunan dan keizinan untuk aku berbudi.

Apabila kita telah menetapkan tujuan hidup kita
Matlamat kita
Destinasi kita
Maka akan muncul jalan yang berbagai-bagai untuk menuju ke destinasi itu.

Ada jalan A
Ada jalan B
Ada jalan C (dah macam test JPJ pulak... haha)
Dan sebagainya.

Tetapi jalan itu bersifat relatif
Ia bergantung kepada siapakah bakal menempuh jalan itu.


Oleh kerana ia bersifat relatif, maka setiap jalan itu ada rintangan dan simpangnya yang berbeza-beza dengan jalan yang lain.
Ada orang dapat selekoh tajam
Ada orang dapat bukit curam
Ada orang dapat longkang dalam bahaya... (hanya pelajar SBPIS je yang paham!)

Maksud relatif itu, ia bergantung kepada siapa yang menempuhinya.
Orang yang mendapat bukit curam, sebenarnya dia berkemampuan dan boleh mendakinya.
Orang yang mendapat longkang, sebenarnya dia berkemampuan dan boleh melangkahnya.

Dalam setiap simpang sepanjang jalan menuju ke destinasi itu, hanya ada satu jalan sahaja yang akan membawa kita ke destinasi itu. Mengikuti simpang yang selain daripada itu akan membuatkan kita sesat jalan.

Andai jalan-jalan yang ditempuhi itu tak bersifat relatif, maka ramailah yang tak melepasi rintangan-rintangan itu dan terus mengambil jalan lain. Jalan yang tidak membawa ke destinasi.

Tapi

Di sepanjang jalan simpang-simpang sesat itu terdapat satu pintu yang akan membawa kita kembali ke jalan yang betul. Macam 'pintu ke mana sahaja' milik DORAEMON. Pintu yang sangat-sangat ajaib! Tidak kira lah jika seseorang itu jauh tersesat sehingga beribu marhalah sekalipun, pintu itu bisa menghubungkannya dengan jalan yang benar - Pintu yang hanya muncul dalam keadaan kita telah sedar.

Tidak kira apa pun rintangan yang dihadapi,
Lama atau sekejap
Sukar atau mudah
Selagi kita masih berjalan, berlari pada jalan yang betul
Kita semua pasti bertemu di destinasi yang sama.

In shaa Allah, sekadar itu sahaja.

Wallahua'lam
Khamis 17 April 2014 3:20AM
Universiti Putra Malaysia, Selangor, Malaysia.

No comments:

Post a Comment