Wednesday 12 August 2015

Kenapa Kita Malas Membaca?


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
  
 
Kita tahu membaca merupakan satu aktiviti bermanfaat. Ada orang membaca kerana ia memang adalah hobi untuk mengisi masa lapang. Ada orang membaca atas dasar keperluan seperti menuntut ilmu. Dan ada juga orang yang membaca atas dasar keterpaksaan seperti seseorang yang mula berjinak-jinak dalam fotografi tapi terpaksa membaca majalah berkaitan fotografi untuk mengetahui asas-asas teknik dalam menggunakan kamera kerana malu bertanya kepada orang. Dan sebagainya.
 
Sememangnya membaca adalah amalan sangat banyak manfaatnya sekiranya dipraktikkan. Antara 'output' daripada bacaan bermafaat adalah:
1. Mendapat ilmu
2. Meluaskan pandangan
3. Melatih dan memperkembang daya dan gaya berfikir
4. Membetulkan perkara yang salah
5. Menghilangkan keraguan dan memupuk keyakinan
6. Meluaskan wawasan hidup dan pekerjaan
7. Membuang kebodohan dan kejahilan (kalau bahan bacaan tak membodohkan pembaca)
8. Menaikkan semangat dan motivasi
9. Menggelojakkan keinginan dan semangat inkuiri
10. Meningkatkan taqwa
11. Menenangkan hati dan jiwa
 
dan lain-lain manfaat. Jika diminta saya untuk menyenaraikan sehingga 100 manfaat membaca pun boleh. Kerana membaca sangat penting dalam kehidupan seorang manusia yang dikurniakan akal untuk berfikir dan membuat keputusan berdasarkan akal dan wahyu.
 
Membaca juga dikatakan very important and urgent sehinggakan wahyu al-Qur'an yang terawal dan paling pertama sekali memberitahu kepada manusia supaya 'Membaca'!