Monday 24 February 2014

Kenal

Bismillahirrahmanirrahim
Puji-pujian selayaknya untuk Allah SWT.

Ketika aku sedang menaip entri ini menggunakan Lumia 625 ku, bas Nadi Putra membawaku pergi menuju ke tempat kuliahku pada pagi ini.

Aku ingin memperkenalkan diriku sebagai Aiman Achim. 18 tahun ketika ini, dan sedang menuntut di Universiti Putra Malaysia, Serdang sebagai pelajar Asasi - Laluan Pantas.

Sangat menyayangi kucing.
Minuman kegemaran.. teh ais.
Makanan kegemaran... Masakan ibu.
Hobi... membaca - termasuk novel picisan. Sukan kegemaran... Bola sepak, tenis, silat dan ragbi.

Hmmm,

apa lagi ya?

Aku tak pasti nak memperkenalkan diri macam mana lagi.

Aku sebenarnya nak menghabiskan masa sementara bas ini menuju ke Pusat Asasi...

Hmmm...

Mungkin itu sahaja - buat masa ni.

I hope I'll have more time for blogging next time. Very busy lately as the test 2 will come up next week.

Itu sahaja untuk kali ini - aku telah memperkenalkan diriku sedikit dan aku berharap kalian yang membaca blogku dapat mengenali dan memahami karakterku.

In shaa Allah. Wallahualam.

p.s. Saya budak baru belajar buat blog. Salah dan silap mohon maaf dan mohon tunjuk ajar ya? ;)
   

Sunday 23 February 2014

Intro - Aku Khalifah

Bismillahirrahmanirrahim

Post yang pertama ini aku ingin mulakan dengan nama Tuhanku.
Aku mencintai-Nya dan aku bersyukur kepada-Nya.
Kerana Dia lah, aku bejaya mengharungi hidup sepanjang hampir 18 tahun ini,
Sehingga ke saat ini
Aku tergerak hati untuk membuat blogku sendiri
Untuk berkongsi dengan seluruh dunia
Tentang banyak perkara
Semuanya, kerana Dia.

In shaa Allah.

Wallahualam.