Wednesday 19 March 2014

Debaran

Bismillahirrahmanirrahim
Puji-pujian selayaknya untuk Allah SWT

Assalamualaikum w.b.t dan selamat datang ke ruang blogku.

Pertama sekali terima kasih kerana mengunjungi blog ni. Dah lama sangat aku tak update sebab busy sangat semenjak dua menjak ni.

Hari ini 19 Mac, esok 20 Mac 2014.
Esok hari apa?

Esok adalah hari di mana semua calon-calon spm 2013 merasa gugup dan saspen.
Kerana 20 mac 2014 akan menjadi saksi pengumuman keputusan peperiksaan SPM 2013 di seluruh Malaysia

Aku juga merasakan debarannya. Tipulah kalau kata tak cuak.

Tapi aku tak memandang result SPM sebagai sesuatu yang terpenting.
Kalau aku dapat result yang baik, Alhamdulillah.
Kalau aku dapat result yang kurang baik, tak mengapalah.

Bukannya dunia ini akan ditimpa musibah pun kalau aku dapat result teruk. So, tak perlu nak sedih-sedih sangat.

What's far more important is, whether we success or not, just remember to not stop running after that.

Kalau tidak berjaya, teruskan usaha mencipta kejayaan,
Kalau dah berjaya, teruskan usaha mencipta lebih banyak kejayaan.

Tapi aku sentiasa mendoakan supaya kejayaan yang cemerlang dapat dikecapi oleh kami, Batch De'Zlatanera, 166 calon-calon SPM 2013, Sekolah Berasrama Integrasi Selandar, Melaka. Amiin.


Doaku bukan ketika baru sahaja nak menjelang pengumuman result. Tapi sejak tahun lepas lagi sehingga kini, aku selau sahaja berdoa kepada Allah Azza wajalla, kerana Dia mampu merangka sesuatu untuk kita. Jangan pernah berhenti berdoa, kerana ia adalah senjata yang ampuh orang2 mukmin.

Aku tak sabar nak bertemu sahabat-sahabatku yang dirindui, guru-guruku yang dicintai.
Aku sebenarnya dalam masa yang sama merasa sedih juga.

Lepas ini, dapatkah kami bertemu dan berkumpul seperti ini lagi?
Mungkin, In shaa Allah.
Tidak di dunia
Di syurga Allah SWT nun di sana. 

Aku sayangkan sahabat-sahabatku
Tapi kadang-kadang aku tak mampu luahkannya dalam bentuk kata-kata
mungkin nanti kedengarannya janggal atau meloyakan
kami cuba menafikan dalam perbuatan, buat2 muntah dan sebagainya
tapi aku tahu
jauh di sudut sanubari kamu semua, dan diriku, kita sememangnya mencintai satu sama lain

Bila lidah tidak berguna,
Biar amal yang berbicara...

Akhir kata, semoga pertemuan esok tak lah hambar.
Harapnya semua orang pun dapat tersenyum dan bergurau-senda antara satu sama lain
berbual-bual bertanya  khabar
tak naklah just datang, ambik result dan terus balik
stay lah lama-lama sikit. 
Bukan senang kita nak bersua muka lagi

Mungkin akan ada yang fly overseas...
Pasti ada.

Aku sangat yakin, bahawa di SBPIS lah tempat aku belajar banyak perkara 

yang memberi kesan yang sangat mendalam dalam kehidupan

Sehingga aku boleh katakan

"Kalaulah aku tak pindah ke SBPIS, aku tak jadi diri aku yang sekarang."

Terima kasih sahabat.
Kerana mengajarku menjadi tabah.

Terima kasih sahabat.
Kerana mentarbiyah akhlakku.

Terima kasih sahabat.
Kerana perkongsian yang bernilai.

Terlalu banyak pelajaran yang aku dapat di sana
Terlalu banyak untuk dikongsi dalam blog ini.
Terrrrrrlalu banyak!

Biarlah ia menjadi sebahagian daripada masa silamku
Untuk kukenang, dan diadun menjadi diriku.

My past make me strong

Akhir kata,
Aku cintakan sahabat-sahabatku.

Debaran yang kurasakan ini bukan kerana gentar
Debaran yang kurasakan ini kerana tidak sabar

Kerana, setiap pertemuan atas dasar persahabatan pasti ada sahaja ketenangan.
Uhibbukumfillah!

Ikhlas dari lubuk hati sahabatmu
Aiman Achim (Saudagar Jujur)

Wallahua'lam
Rabu 19 Mac 2014 4:07PM
Bukit Katil, Melaka.

No comments:

Post a Comment