Sunday 27 April 2014

Senyum

Bismillahirrahmanirrahim
Pujian-pujian selayaknya untuk Allah SWT

Pada suatu malam aku ada mengadu kepada seorang sahabatku berkenaan dengan mood aku pada hari itu. Pada malam itu aku sedang bersedih dan kecewa tentang sesuatu perkara. Kebetulan pula aku dan sahabatku ini sedang berkomunikasi melalui aplikasi mudah alih 'Whatsapp'.

Dia berkongsi kepadaku cara dia hadapi sesuatu kesedihan.
Apabila dia bersedih, dia akan terus SENYUM seperti tidak ada apa-apa kesedihan yang melanda dirinya.
Dia tidak ada hujah untuk menyokongnya, tentang bagaimana ia berlaku, tapi SENYUM satu-satunya ubat mujarab mengubati kesedihan. 

Tak tahu kenapa. It just working!

Kemungkinan, katanya, 

"Apabila kita membuat orang lain bahagia, maka kita juga akan mendapat kebahagiaan..."

Aku terfikir sejenak

Apabila kita senyum pada orang lain,
orang lain tidak nampak pada kita melainkan kita dalam keadaan bahagia. Mereka tetap tak nampak yang tersembunyi di dalam hati kita. Mereka hanya nampak yang zahir sahaja. SENYUM.

Senyum adalah penyakit berjangkit. Terlalu mudah untuk menjangkiti orang lain.

Bila kita mula mengulumkan senyuman, bibir kita mula menyimpul...
Sekelip mata sahaja 
Orang lain terjangkit... Mereka juga turut menerima virus SENYUM. Selepas itu mereka pula akan menjangkiti orang lain di sekeliling mereka. Kalau di sekeliling mereka ada 10 orang, semua orang akan terjangkit! Selepas itu 10 orang tadi pun akan menjangkiti orang lain!

Virus yang menjangkiti host dengan sangat efektif!

Dan seperti yang sahabatku katakan... Cara untuk mengubat kesedihan adalah dengan melakarkan SENYUMAN di bibir. 
Senyum paksa.
Tapi disebabkan senyum paksa itulah, akhirnya kesedihan itu lenyap sedikit demi sedikit meninggalkan ruang hati.

Apa yang terjadi kepada orang yang terjangkit tadi?

Senyum.

Apa yang terjadi kepada kesedihan yang ada dalam hati orang yang terjangkit tadi?

Lenyap.

Jadi sebenarnya senyum ini bukanlah virus berjangkit. 
Tetapi, ia adalah
Penawar berjangkit
Penawar perasaan
Penyejuk hati

Jadi senyumlah duhai bibir, kerana senyuman dari bibir itu membawa senyum dalam hati.

Terima kasih sahabat. Aku terhutang budi kerana kau telah membuatku tersenyum pada saat ketika kau memberikan pertolongan rohani ini.

Terima kasih. Alhamdulillah. Jazakallahu khairan.

Semoga perkongsian ini membawa manfaat kepada kalian yang membaca. 
In shaa Allah.

Sekadar itu sahaja

Wallahua'lam
Ahad 27 April 2014 7:23AM
Puncak Alam, Kuala Selangor, Selangor.


No comments:

Post a Comment