Thursday 10 January 2019

Ini kali yang terakhir buatku sebelum aku ucapkan selamat tinggal... mungkinkah?

Hello assalamualaikum wbt

Ada apa dengan cinta?

Tiber...

Tajuk blog pun dah acah2 orang broken sendu putus cinta, mesti korang ingat posting kali ni pasal aku putus cinta kan?

Mestilah tak

Nak habaq, esok aku ada last paper final exam for the final semester before aku pergi internship. Untuk program pengajian aku, internship adalah perkara terakhir sebelum aku graduate.

Ini bermakna....

Korang tahu tak apa maknanya tu??

Maknanya esok adalah hari-hari, detik-detik terakhir aku hadap benda yang dinamakan EXAM 🤣🤣🤣 Lepas ni dah takde dah EXAM yang aku memerlukan aku angkat pen dan pensel, jawab borang OMR, jawab soalan2 subjektif dalam tempoh masa yang diberikan dll.

INI.KALI.YANG.TERAKHIR.

.

Sejak umur 7 tahun sampai lah 23 tahun menghadap sistem penilaian pendidikan dengan cara yang sama..., ini lah detiknya. Inilah waktunya. Inilah saatnya. Semua itu akan tamat untuk aku!

Dramatik betul.

Ya aku teruja. Sebab macam tak percaya "eh dah sampai dah waktu ni ye? Dah lama hidup dalam sistem ni. Tetibe nak stop dah untuk selamanya."

Dan akan bermula pula melangkah ke alam kedewasaan, bekerja, memikul tanggungjawab dalam masyarakat dll.

Tapi sebelum semua tu, aku takleh excited lagi. Malam ni aku kena study kaw2. Nak buat yang paling super terbaik for the final exam paper of my life (lol).

Paper apa esok man?

Paper "Advanced Crop Physiology". 6 jam open book test.

Jatuh terjelepuk.

Ya. 6 jam. Open book test.

Alah man, open book test je pun. Bukak buku, tiru je lah. Apa susah.

Sebab open book test lah susah kawan.

Masa test 2, open book test gak. Bagi masa 3 jam pun tercungap jugak geng... Susah. Aku nak kena jawab soalan kritikal. Nak kena extract info dari buku dan paper research thesis segala mak nenek sumber. Berpeluh tak tipu geng.

Aimanachim96.blogspot.com
Ni ha buku rujukan yang aku prepare untuk esok.

Kena lah prepare sikit malam ni. Esok 3 jam pagi. Pastu lepas solat jumaat sambung lagi 3 jam. Gila-gila ceng.... kalau tak prepare, bulih tabirak saya (bak kata urang sabahan).

So, mohon sangat2 korang doakan aku ye. This is the last. The moment. The finalehhh. Wuhuuuu

See you guys after I finish my final paper 💪🔥🔥🔥

Salam.
Bye2. :)

No comments:

Post a Comment