Sunday 20 January 2019

Hidup pasca pen dan kertas

Hello Assalamualaikum!

Apa khabar semua? Sihat ke?

Aku alhamdulillah sihat dan baik-baik saja.

Harini genap 10 hari since last time aku update blog ni. And the last time aku cakap pasal hari terakhir aku menjawab paper final exam untuk kali terakhir (kalau aku tak sambung master etc.). Siapa yang terlepas tu, boleh lah baca kat sini.

So apa jadi pada hidup aku lepas habis 'era pen dan kertas'?

Sudah tentu bertambah sibuk. Tak ada masa nak lepas-lepak rileks-rileks!

Banyak benda aku nak sembang dengan korang sebenarnya. Tentang apa yang aku lalui minggu lepas. Aku nak try semampu yang boleh untuk berkongsi dengan korang hari-hari aku lalui sebagai pengajaran yang baik atau mungkin boleh menjadi inspirasi untuk korang buat sesuatu dalam hidup korang pula. Iye lah, kata orang belajar dari kesilapan orang atau belajar dari kejayaan orang. Jimat masa, amek shortcut.

So.. ermmm aku pun tak tau nak mula dari mana..

Nak start dari mana ek?

err... hmm..

OK. Korang tahu kan aku akan sambung internship di Jepun hujung bulan Januari ni sampai pertengahan bulan April? Rasanya aku pernah bagitahu dalam post sebelum ni.

So, lepas habis last paper final exam Jumaat hari tu (11 Januari 2019), aku pun teruskan job Grabcar aku. Kumpul duit lebih untuk beli barang-barang keperluan dan untuk pembelanjaan di sana.

Tak cukup pun sebenarnya kalau nak compare kan earnings aku dengan kos untuk aku tampung buat persediaan ke sana. Mak ayah aku memang dah siap-siap nak support. But I just don't feel right for not work my ass off for this thing. SO aku tetap bekerja walaupun aku tahu memang tak cukup.

Penat? Penat jugak lah. Sebab kali ni aku betul-betul peruntukkan seluruh hari aku untuk kerja. Dah tak ada kelas kan? So aku buat full time.

Dari situ lah aku:

1. menghayati dan menghargai setiap ringgit yang aku peroleh. AKu nak bazir beli benda bukan-bukan pun sayang. Sebab penat kot aku kerja dengan letih dan payahnya berhari-hari, nak habis dalam tempoh seminit je. Tak berbaloi geng.

2. bertambah sayang pada mak dan ayah aku. Mereka bekerja bertahun-tahun. Penat tu komfem berganda-ganda. Dan mereka curahkan segala rezeki yang mereka raih pada aku untuk aku hidup selesa dan belajar selama 22 tahun..

3. boleh menyusun prioriti masa dan apa aku nak beli. Banyak benda nak buat. Banyak benda nak beli. Tapi waktu terhad. Duit juga terhad. Jadi aku kena tahan nafsu, fikir panjang, dan menyusun mana satu nak buat dan beli dulu, lain2 tangguh.

Susah payah tu ssemua aku hadapinya secara sendirian. So, aku bebas dari bantuan orang lain, aku lebih nampak diri aku jadi lebih berdikari dan mampu selesaikan masalah diri sedikit demi sedikit.

Hidup pasca era pen dan kertas? Lebih mencabar tapi mengujakan! Kerana segala kepayahan dan kepenatan itu mengajar aku jadi lebih cekap dan cerdik menangani masalah. Aku lebih banyak bermuhasabah dan jadi lebih matang dalam memandang hidup ni.

Eh rasanya banyak lagi aku nak sembang ni. Tapi nanti lah aku tulis dalam post lain, OK? In shaa' Allah.

Gerak dulu geng. Assalamualaikum. Bye.

No comments:

Post a Comment