Wednesday 9 January 2019

Hello saya busy kerja Ok? Hahaha

Hello assalamualaikum

As I wrote this blog, aku tengah 'supper' kat kedai mamak "Bismillah" berdekatan UPM.

Sekarang dah jam 12:52AM. Sebenarnya aku baru bangun tidur hahaha. Seingat aku, aku tidur roughly dalam jam 6PM. Tahu2 je dah jam 11PM. I was like.. what the hell?? Terlepas solat maghrib 😂😓Lama betul aku tertidur. Penat sangat.

So, apa yang aku buat sampai penat sangat tu??

Aku buat Grab Car geng. Bawak passengers ke sana ke mari. Sementara aku belum graduate lagi, aku manfaatkan kereta yang ayah aku bagi aku guna semasa aku belajar di universiti. Dapatlah duit poket sikit, takde lah asyik bergantung pada duit PTPTN dan mintak parents je 🤣

Buat grab ni bagus, aku boleh susun masa aku bila aku nak buat, bila aku nak rehat. Waktu kelas, aku tak buat lah. Waktu study, study. Waktu lapang, buat grab.

Cuma dalam waktu terdekat ni aku buat grab agak lebih kerap dan 'intensive' sebab aku tengah kumpul duit belanja aku nak fly ke Jepun for internship 3 bulan. Semasa aku menulis ni, aku ada kurang lagi 2 minggu sebelum 'departure'. *nervous plak tibe2*


(Countdown dalam phone aku. Background Ayana Jihye Moon tu sebagai motivasi kahkahkah)


Tiket flight dah settle. Makan minum dan tempat tinggal pun dah diselesaikan dan diuruskan oleh pihak di Jepun. Aku just nak tambah duit untuk bekal berbelanja di sana. Though that bapak aku kata nak bagi duit belanja, tapi aku rasa dari part aku, aku pun kena usaha sendiri for my own sake. Sampai bila nak mak bapak kita tanggung kita kan? Dah 23 tahun umur aku tahun ni. So, I want to step by step, standing on my own feet.

Yes, that's why aku dah macam tayar pancit malam-malam. Aku start buat grab pagi sampai lewat petang. Non-stop. Malam je waktu rehat. Tapi kadang2 aku buat malam gak. Ikut lah. Sebenarnya bapak aku tak kasik buat malam2 sebab risau keselamatan aku. Tapi tu lah, aku ni degil sikit. Aku buat jugak hahaha. Sebab aku rasa takde apa yang nak dirisaukan sangat. As long as aku tahu mana tempat yang selamat (for instance, malam2 jangan amik passenger area bukit bintang. Komfem ramai orang mabuk). And so on...

Sebut pasal mabuk alkohol, aku pernah dapat sorang passenger yang mabuk tengah2 malam. Tapi tu nanti lah aku cerita kat posting lain ok?

So, yeah, aku busy sikit. Kurang dah main media sosial FB, IG. Tweet pun jarang2 dah. Sebab fokus.

Ok, that's all for midnight rants. See y'all on next blog post.

Salam.
Bye2. :)

No comments:

Post a Comment