TODAY IS THE DAY!!
Hari ni aku akan terbang ke negara matahari terbit - Jepun!
Flight aku depart pada jam 1440 Hrs, ada lebih kurang 9 jam dari sekarang. Sekarang aku kat rumah Melaka lagi. Dalam jam 8 pagi aku dan keluarga akan gerak menuju ke KLIA 2. Perjalanan mungkin mengambil masa 2 jam.
So aku dah persiapkan segala persiapan untuk aku stay di sana selama 3 bulan, atau lebih tepat 83 hari.
Ada satu benda yang korang perlu tahu (in case kalau korang tak tahu lagi), yang warganegara Malaysia tak memerlukan visa untuk masuk ke Jepun. Dengan syarat tidak melebihi 90 hari atau 3 bulan. Ini perjanjian antara Malaysia dan Jepun yang sebenarnya dah dibincangkan sejak tahun 1993. Tetapi, bermula pada Julai 2013, kerajaan Jepun memansuhkan visa requirement untuk short-term stay, atau dalam tempoh 90 hari sahaja. Benda ni applicable pada warganegara Malaysia yang ada passport terbaharu, embedded dengan microchip yang compliant dengan requirement ICAO standards.
So yeah korang yang warganegara Malaysia ada previlege ni kalau nak melancong ke Jepun tanpa visa for short-term stay. Tak payah susah-susah nak apply visa, pergi embassy lagi, nak keluar duit lagi. Leceh.
Tapi satu benda lagi korang kena take note, jangan lupa untuk prepare tunjukkan ticket flight return yang korang dah book tu siap-siap. Nanti di immigration airport Jepun tu, dia akan minta korang tunjukkan ticket flight balik ke Malaysia. Kalau tak macam mana dia nak tahu korang stay berapa lama di Jepun kan?
Anyway, I'm super excited today. Tak sabar nak mendaratkan kaki buat kali pertama di negara yang terkenal dengan budaya yang unik dan teknologi yang mengagumkan. Luaran muka macam biasa je slumber, tapi dalam hati hanya Tuhan sahaja tahu bagaimana hatiku melonjak girang! Hehehe..
Luggage aku agak padat. Tapi aku akan pastikan peneman-peneman setia aku sentiasa ada bersama dalam perjalanan - Buku! Aku tak boleh travel kalau tak ada buku. Nanti atas flight bukan ada line internet pun. So, aku bawak beberapa buku yang direkomen oleh sahabat buku aku. Perjalanan mungkin mengambil masa 8 jam. Tolak tidur, dengar lagu, makan, rasanya boleh kot habis 200-250 muka surat?? Kot...
Ni lah luggage aku. Buku wajib bawa. Nota aku beli kat daiso sampai empat buah. Nak buat travelog lah konon..
Perjalanan kali ni aku nak jadikan ia sesuatu yang istimewa untuk diriku sendiri. Today is the first time since... (I don't remember when) I did 'solat malam'/qiamullail/tahajjud. Untuk mohon pada Allah SWT semoga permusafiran ini berhikmah buat diriku, dan paling penting sejahtera tubuh badan dan jiwa.
To be honest, aku sangat jarang solat tahajjud since bermulanya tahun akhir universiti. Bukan sebab terlalu busy. Tipu kalau guna alasan busy. Tapi entah diriku sendiri yang malas. Aku leka. Aku tak rasa manis dalam solat. Solat tahajjud yang dahulunya menjadi kelaziman aku dari asasi hingga tahun 3, sehinggakan aku pernah menangis kerana tak sempat bertahajjud azan subuh telah berkumandang, kini kadang-kadang aku terlajak subuh pun aku tak rasa sesal. Begitu kerasnya hati, begitu lemahnya jiwa aku pada fasa tahun akhir ini.
Ya akui kelemahan diriku. Aku jujur sebab aku tak nak tipu diri aku sendiri. Di blog ini aku jadikan sebagai ruangan jujur aku. Sebab aku nak diriku 5-10 tahun akan datang membacanya semula dengan hati yang jujur.
Jadi aku katakan, pada kali ini, aku akan ubah diriku. Musafir ini seolah-olah ada panggilan untukku. Hijrahku ke Jepun kemungkinan adalah hijrah hatiku. Kerana kerinduan itu kuat memanggil-manggil sukmaku. Kerinduan bertahajjud. Kerinduan bertilawah al-Qur'an satu juzuk sehari. Kerinduan solat sunat dhuha di setiap pagi. Kerinduan berzikir al-ma'thurat di lepas subuh dan asar. Semua yang kutinggalkan, kini kerinduan seolah-olah menjadi tali pengikatnya. Untuk kembali kepada hati.
Ibarat layang-layang. Hati itu berbolak-balik. Dalam bahasa arab, hati disebut sebagai Qolb. Juga membawa erti "yang berubah-ubah", "yang berbolak-balik".
Hati itu ibarat layang-layang. Diterbangkan ribut kencang, diapungkan angin dingin. Tapi tidak jua ia pergi tersesat dan sendirian. Kerana ada tali yang menyangkut kepada sang pemilik hati. Dan tali itu adalah rindu. Sekencang apa ribut melandai hati, jika ada sekelumit rindu, insya-Allah pasti akan kembali kepada pemiliknya jua suatu waktu yang ditetapkan.
Ya Allah jadikanlah pemusafiran ini bermanfaat buat diriku yang terutamanya, dan bermanfaat untuk seisi keluargaku.
Korang doakan aku dan rakan-rakan ya? Aku sangat memerlukan doa-doa korang. In shaa'Allah kita semua ketemu di segmen TRAVELOG MATAHARI TERBIT! Wuhuuuu. Ayuh kita mara ke depan!
Jumpa lagi guys. Assalamualaikum. Bye.