Wednesday, 12 August 2015

Kenapa Kita Malas Membaca?


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
  
 
Kita tahu membaca merupakan satu aktiviti bermanfaat. Ada orang membaca kerana ia memang adalah hobi untuk mengisi masa lapang. Ada orang membaca atas dasar keperluan seperti menuntut ilmu. Dan ada juga orang yang membaca atas dasar keterpaksaan seperti seseorang yang mula berjinak-jinak dalam fotografi tapi terpaksa membaca majalah berkaitan fotografi untuk mengetahui asas-asas teknik dalam menggunakan kamera kerana malu bertanya kepada orang. Dan sebagainya.
 
Sememangnya membaca adalah amalan sangat banyak manfaatnya sekiranya dipraktikkan. Antara 'output' daripada bacaan bermafaat adalah:
1. Mendapat ilmu
2. Meluaskan pandangan
3. Melatih dan memperkembang daya dan gaya berfikir
4. Membetulkan perkara yang salah
5. Menghilangkan keraguan dan memupuk keyakinan
6. Meluaskan wawasan hidup dan pekerjaan
7. Membuang kebodohan dan kejahilan (kalau bahan bacaan tak membodohkan pembaca)
8. Menaikkan semangat dan motivasi
9. Menggelojakkan keinginan dan semangat inkuiri
10. Meningkatkan taqwa
11. Menenangkan hati dan jiwa
 
dan lain-lain manfaat. Jika diminta saya untuk menyenaraikan sehingga 100 manfaat membaca pun boleh. Kerana membaca sangat penting dalam kehidupan seorang manusia yang dikurniakan akal untuk berfikir dan membuat keputusan berdasarkan akal dan wahyu.
 
Membaca juga dikatakan very important and urgent sehinggakan wahyu al-Qur'an yang terawal dan paling pertama sekali memberitahu kepada manusia supaya 'Membaca'!


Bayangkanlah dalam kejahilan kaum musyrikin Makkah bermaharajalela ketika Rasulullah s.a.w masih hidup, begitu banyaknya maksiat dan kebodohan yang berlaku dalam masyarakat, rupa-rupanya Allah SWT nak beritahu kepada umat manusia akan satu tindakan yang pertama sekali kita perlu buat sebagai respon kepada situasi tersebut adalah...

'BACALAH DENGAN NAMA TUHANMU YANG TELAH MENCIPTA'
 
BACALAH
BACALAH
BACALAH

The very first word for the Holy Qur'an from GOD ALMIGHTY to HUMANKIND is the COMMAND to READ
It is A COMMAND
It is AN ACTION
It is A PRIORITY AND MUST BE DONE FIRST

Nampak tak kenapa Allah menyuruh Rasulullah s.a.w. sekaligus kepada umatnya yang kebanyakannya dalam jahiliah supaya MEMBACA?
Kerana... jika kita amati semula senaraai manfaat-manfaat yang telah senaraikan di atas, bukankah itu semua akhirnya mampu merubah nasib dan membina masyarakat yang bertamadun dan progresif? Sekiranya amalan membaca menjadi kebiasaan dan budaya dalam masyarakat tersebut, maka itulah impak kepada perubahan tamadun di tanah arab yang tandus itu.
Menarik bukan? Faktor utama tamadun lain berkembang kerana wujudnya penempatan dan sumber semulajadi seperti sungai. Tetapi di Makkah, tamadun Islam bermula dan berkembang dengan sangat pesat dan mantap sehingga mampu meluaskan pengaruhnya ke 2/3 dunia suatu ketika dahulu dengan Al-Qur'an dan Hadith menjadi tunjang dan agenda utama pembentukan peribadi-peribadi mulia yang sangat berkualiti.
 
'Iqra' bismi robbikal ladzi khalak' menjadi furqan atau PEMISAH antara kejahilan dan ketamadunan Islam
 
Dan rupa-rupanya senario dalam majoriti masyarakat Melayu Muslim sekeliling saya adalah mereka saya sangatlah malas membaca!
Lihatlah Eropah ketika di zaman gelapnya.
Apakah yang membuatkan mereka mencapai zaman renaissance adalah kerana mengutip karya-karya orang Islam dan kemudian menjadikannya sebagai sumber ilmu untuk mengeluarkan mereka dari zaman kegelapan tersebut.
 
Lihatlah negara-negara yang bukan Islam pada zaman ini terutamanya di barat. Mereka dapat mencapai zaman kecanggihan yang melangkaui imaginasi kita sehingga dirasakan kita telah ketinggalan 50 tahun ke belakang dari mereka. Kerana apa?
Kerana budaya MEMBACA
Negara Islam yang mundur? Kenapa? Anda tahu jawapannya bukan?
Jika ketika dahulu kita pernah gemilang,
mengapa kini kita seperti petualang?
Sejarah seolah-olah malu nak mengulang kembali,
Kerana pemuda Islam semangatnya telah mati.
Tiada pendirian;
Nilai Islam ditinggalkan;
Jahiliah jadi ikutan.
Sebelum itu, saya ingin katakan bahawa ini adalah hujah berlandaskan pemerhatian saya secara menyeluruh dan secara kasar sehingga saya sendiri mempercayainya. Walaupun bukan berlandaskan hujah empirikal dan bancian statistikal yang sah, tapi saya berani cakap masyarakat Melayu Muslim majoriti MALAS MEMBACA.Dan kalaupun salah, kenapa tidak terlihat oleh kita akan pembangunan Melayu Muslim dari aspek akhlak, common sense dan daya berfikir berlaku di dalam golongan masyarakat ini? Yang banyaknya keruntuhan akhlak, masalah sosial yang membarah, kejahilan dalam politik dan ekonomi. Sehingga saya menyoal diri saya, boleh ke saya nak katakan bahawa "Masyarakat Melayu Muslim ini rajin membaca" sekarang?

Tergeliat lidah
 
Persoalan. Kenapa saya terus 'tembak' Melayu Muslim? Kenapa tak back-up malah terus-menerus mengutuk?
Tuan-tuan pembaca di luar sana, ingin saya tegaskan bahawa ini bukanlah kutukan bahkan satu teguran yang ada kalanya kedengaran sinis, terasa pedas dan mungkin sekaligus menyentap. Sebab orang-orang Melayu ni kena suapkan cili dulu baru sedar dia kena minum air. Kalau tidak tak sedar-sedar akan kejahilan diri selama-lamanya. Fahami bahawa ini adalah option lain untuk selamatkan masyarakat kita dari terus merasa selesa dengan sanjungan dan pujian.
Kerana Melayu Muslim adalah diri saya sendiri. Saya sendiri adalah Melayu Muslim. Dan saya sangata cintakan agama Islam dan bangsa Melayu tetapi bukanlah saya ini rasis. Bangsa dan agama lain tetap sahaja dihormati haknya sebagai manusia.Tetapi poin saya adalah untuk menunjukkan relevan seorang muslim dan membaca kerana wahyu tentang pengarahan membaca dari TUHAN itu sepatutnya lebih dekat lagi dengan budaya seorang HAMBA-NYA yang taat kepada SEGALA PERINTAHNYA. Tapi perkara itu malangnya tidak berlaku. 
Kerana?
Tiada kesedaran
Tidak merasa penting
Tidak endah dengan kemajuan pembangunan arus perdana
Dan yang paling kita takuti dan ingin hindari
Tiada keimanan kepada ayat-ayat-Nya. Sebab tu berani ingkar kepada ALLAH SWT!
 
“Maka setelah datang kepada mereka apa yang telah mereka ketahui, mereka lalu ingkar kepada-Nya. Maka laknat Allah-lah atas orang-orang yang ingkar itu.” (Q.S. 2 : 89). 
Ayat sentap TUHAN untuk MEREKA. Semoga MEREKA itu bukanlah kita semua. Na'udzubillahi mindzalik. Semoga ALLAH hindarkan kita daripada perkara tersebut.
Pembaca-pembaca yang 'berbudi' dan 'beriman' dipendekkan menjadi 'budiman' sekalianSebagai penutup kepada khutbah saya di mimbar blog ini, bertongkatkan pena, berkalamkan pemikiran dan berlandaskan syariat (In shaa' Allah), dapatlah kita simpulkan bahawa terdapat banyak kepentingan, kelebihan dan kewajaran untuk kita menjadikan membaca sebagai amalan bahkan BUDAYA yang kita ulang-ulang dalam kehidupan seharian kita.
Terdapat banyak implikasi negatif jika kita mula untuk meninggalkan amalan membaca kerana selain kesan daripada zahir ternampak, ia juga bakal mengundang kehinaan dan kemurkaan ALLAH SWT kerana membaca adalah salah satu daripada PERINTAHNYA.
 
Maka satu persoalan yang saya ingin pembaca ulang tayang dalam skrin minda kalian supaya terus disedari dan dingati adalah,
"Kenapa Kita Malas Membaca?"
Sekian
Wallahua'lam
"Aku menulis supaya aku tidak lupa"
 
Aiman Achim
1224 Hrs (GMT +8)
13 Ogos 2015 / 28 Syawal 1436
Kajang, Selangor

p/s : Dah habis puasa enam ke belum? Saja ingatkan...

No comments:

Post a Comment