Tuesday, 22 July 2014

Menuntut ilmu adalah perjuangan

Bismillahirrahmanirrahim
Puji-pujian selayaknya untuk Allah SWT

Sebagai seorang penuntut IPT atau SMK, adakah anda pernah berputus asa dalam belajar?

In case kalau anda yang sedang membaca ini ialah student

Jika pernah, kita geng! hoho

Siapa yang tak pernah merasa begitu? Cuba habaq sikit siapa je yang merasa enjoy 24 jam study, buat assignment, assessment segala bagai yang tak berkesudahan?

Tambah-tambah lagi budak-budak yang ambik aliran/kos sains. (Belajar sains tak semudah belajar buat air kopi 3 in 1 ya?)

Dan saya ramalkan tak ada. Hampir mustahil kita akan sentiasa gembira dalam belajar.

Senario dalam menuntut ilmu

Belajar buatkan badan lesu
Exam buatkan otak tergeliat
Itu biasa, saya pun banyak kali menghadapi situasi itu.

But guess what?



Imam as-Syafi'i, salah seorang ilmuan yang terkenal dalam Islam berkata :

"Bila kamu tak tahan lelahnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan."

Pernah tak rasa loser gila bila orang lain dapat score, kita aje yang tertinggal tak dapat score?

"Eh dok lah. Aku saja ja bagi depa score. Kalau aku score, depa pulak nampak bodo.."

Ok, siapa yang nampak bodoh sekarang?

Memang benar adakalanya kita rasakan belajar itu sangat memenatkan.
Minat kita terhadap belajar memang ada turun naiknya. Kadang-kadang memang rasa tak nak teruskan lagi dah. Nak stop, balik kampung 
cari anak tok imam, tok bilal. 
Kahwin. 
Bahagia sampai syurga naaaaa. Toksah belajar tinggi-tinggi sangat ilmu org kapiaq uh.

Sewel


Tapi sahabat

Jika awak semua tinggalkan gelanggang ilmu ini, apa lagi yang tinggal untuk awak semua perjuangkan dalam hidup?

Jika awak tiada ilmu, skop perjuangan awak akan jadi semakin sempit. 

Awak tak dapat membantu orang lain merawat penyakit-penyakit mereka, menyelamatkan nyawa.
Awak tak dapat mencipta teknologi-teknologi ketenteraan untuk membantu sistem pertahanan negara.
Awak tak dapat menuai hasil pertanian dalam kuantiti yang besar untuk diberikan kepada seluruh rakyat negara yang kelaparan.
Awak tak dapat mempertahankan keluarga dan masyarakat awak daripada ditipu oleh spekulator.
   

Dan macam-macam lagi.

Sahabat yang saya muliakan,

Setiap perjuangan dalam hidup memerlukan ilmu dalam dada.
Tak kisah lah perjuangan dalam skop dunia, negara, masyarakat atau diri sendiri sekalipun.
Anda perlu menuntut ilmu.
Jika tidak awak semua akan hanya sekadar hidup
Tetapi hakikatnya awak seperti sampah yang tak boleh dikitar semula.
   
Saya tak mengatakan orang yang kurang bijak itu sampah jika mereka seorang yang tidak berputus asa.

Tapi yang sampah itu ialah mereka yang mudah sahaja berputus asa dalam menuntut ilmu pada waktu muda remaja ini.

Jika awak merasa down sekarang
Ia normal
Tapi yang tak normal adalah apabila awak terus keluar dari gelanggang. Jangan!

Rilek dulu...

Teruskan menari dalam gelanggang
Buka kekuda
Fokus
Bergerak jika mahu
Setiap gerakan adalah strategi
Jika dihambat musuh
Terus lentik pacat
Rangka strategi baharu
Bergerak lagi
Serang 
Sampai namamu diisytiharkan sebagai pemenang!



Wallahua'lam
Selasa, 23 Julai 2014, 10:43AM
Universiti Putra Malaysia, Selangor.

1 comment: