Wednesday, 17 June 2015

Apa yang kita mahu vs Apa yang mereka perlu

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih


Alhamdulillah pagi ini tamat lagi satu kertas peperiksaan akhir. Hanya tinggal 3 kertas lagi untuk diduduki dan seterusnya tirai semester 2 akan dilabuhkan.

Selepas selesai menjawab, aku tidak pulang tempat kediaman, sebaliknya terdetik untuk beriktikaf sebentar di Masjid UPM sekaligus menunaikan 2 rakaat solat sunat dhuha.

Dalam solat teringat pula ada banyak kerja-kerja yang perlu disegerakan belum diselesaikan. Ah sudah. Berkecai khusyuk aku dek syaitan dari mana entah membisik ke telingaku. Masa ni lah baru nak fikir macam-macam pasal kerja tak siap.


Apa pun.

Lepas usai solat, aku pun mengambil tempat di dinding masjid seraya membuka beg untuk mengambil komputer ribaku. Ada banyak kerja yang perlu diselesaikan ada dalam komputer ini. Komputer ini sejak ayahku menghadiahkan untukku, telah banyak berjasa dalam memudahkan kerja-kerja assignment dari Profesor dan Dr. di fakulti pertanian. Tapi kerja-kerja aku yang bertimbun menunggu untuk disiapkan ini dari fakulti lain yang tak terwujud di universiti ini. Fakulti apa itu?

Aku pun membuka 'lid' komputer dan 'kejut'kan dia yang sedang 'tidur' engan menekan butang 'Escape' atau 'ESC'. Setelah 'bangun' tiba-tiba terkeluar satu pop-up dari antivirus minta reboot komputer untuk update sistem software

Aku pula tak shutdown sebab aku akan banyak menggunakan komputer, jadi kalau shutdown lepas tu nak on semula memang lambatlah loading nya. Jadi kebiasaannya aku hanya akan 'tidur'kan dia supaya aku boleh resume kerja-kerja aku dengan pantas. Itulah sebab notification tu tak hilang dan berulang-ulang, nak beritahu aku "Tutuplah aku, dah lama kau tak tutup"

Tapi sebenarnya... dah banyak kali dah notification  ni keluar setiap kali aku 'kejut' komputer aku. Tapi aku buat tak tahu sahaja. Terus menerus mengabaikan ia.

Aku pula kemudian secara tiba-tiba tersentak bila merenung kembali perkara tadi. Teringat pula nasihat seorang guru juga seorang sahabat kepadaku, "Berikan apa yang dia perlu, bukan berikan apa yang kita mahu."

...

Begitulah aku seakan-akan mendapat tamparan sedikit bila kata-kata nasihat itu bermain dan berputar dalam fikiranku.

Aku selalu sahaja nak mengambil apa sahaja yang aku mahu daripada komputer ini. Aku buka komputer kerana aku memang perlu untuk menyiapkan kerja-kerja. Bila aku nampak notification untuk restart komputer, aku tidak pedulikan rintihan software itu. Kerana aku baru sahaja buka komputer untuk buat kerja, tak kan pula aku nak restart...

"Ah kemudianlah". Selalu macam itu. Sedangkan aku pula tidak memikirkan bahawa dia sangat perlu akan restart untuk 'upgrade program' memperbaiki kesihatan komputer ini daripada virus.
Kerana itu wahai pembaca yang budiman

The same thing can be applied in dakwah

Dalam mana kita mahu menyampaikan dakwah dan nasihat, kita harus memberikan apa yang orang yang didakwahi itu perlukan. Kalau dia adalah seorang ahli maksiat, jangan mulakan dengan bercakap tentang berdakwah, membina fikrah Islami atau kepentingan ilmu dan lain-lain. Kerana dari sisi mereka, mereka tidak akan nampak apa keperluan mereka terhadap itu. Yang penting bak kata Nora Danish "Kita Enjoy!!!" 

Jadi.

Itulah mentaliti mereka yang ahli maksiat. Kerana itulah kebanyakan dakwah cara begitu gagal menyentuh hati mad'u nya (orang yang didakwahinya). Kerana pendakwah itu tidak pandai membaca siapa 'audience' nya. Mereka cakap ikut suka apa yang dia nak beritahu dan kemudiannya berpuas hati dan 'claim' "Aku sudah berdakwah. Hidayah milik Allah. Kalau gagal terima, dia masuk neraka."

Amboi amboi amboi... mudahnya berdakwah macam tu?

Oleh itu, untuk menghasilkan output dakwah yang berjaya dan berkesan, haruslah da'i (pendakwah) itu memberikan apa yang diperlukan oleh mad'u nya. Saya ambil contoh yang sama tadi. 

Ahli maksiat. 

Kita analisa ahli maksiat ini, kita tahu mereka perlu akhirnya meninggalkan maksiat dan kembali kepada Islam yang sebenar. Berubah kerana Allah. Itu yang mereka perlukan setakat ini. Kemudian kita wujudkan rasa kesedaran dalam diri mereka bahawa perlakuan mereka itu berdosa, boleh memberikan implikasi yang buruk, menceritakan bahawa Allah menerima taubat dan sebagainya. Maka in shaa' Allah , dalam diri mereka pasti akan tersentuh dan tersentak untuk berubah, kerana mulai sedar kesilapannya, mula ada keinginan untuk meninggalkan maksiat itu secara suka rela tanpa dipaksa.

Saya sangat yakin , inilah method dakwah yang diaplikasikan oleh Rasulullah s.a.w sendiri. Kerana pertama sekali ketika wahyu al-Quran itu pertama kali tiba di tanah Arab, bukan disuruhnya Rasul itu pergi membantai atau membanteras kemaksiatan di kota Makkah, tetapi Rasulullah s.a.w. bermula dengan mengajak orang untuk mengenal Rabb atau Tuhan yang satu yang menciptakan segala-galanya, maka ikutlah perintah Allah. Nescaya mereka akan dapat berubah.

"Tegakkanlah Islam dalam dirimu, nescaya kau akan melihat Islam tertegak di tempatmu." - Hassan Hudaibi

Justeru, marilah kita semua perbaiki cara kita berhubungan dengan manusia mahupun dengan makhluk lain. Jangan kita berdakwah ikut hawa nafsu kita semata-mata. Bila rasa lapang nak berdakwah. Bila tak lapang, beralasan. Sedangkan dakwah itu adalah everytime and everywhere. Sebaliknya, pandulah dakwah itu dengan Al-Qur'an dan As-Sunnah. 

Memandang pada maghrib ini bermulanya bulan Ramadhan al-Kareem, maka saya memohon keampunan dari Allah swt dan dari pembaca sekalian andai ada kesilapan sepanjang saya menulis. Semoga kita mendapat sesuatu input baharu dari bulan yang mulia ini dan dapat menjadikan kita makin bertakwa kepada Allah swt. Mudah-mudahan, in shaa' Allah.

Mari kita 'reboot' dan 'restart' untuk 'upgrade program' diri dalam Ramadhan ini!

Wallahua'lam

Aiman Achim
Rabu, 17 Jun 2015
Masjid UPM, Universiti Putra Malaysia, Selangor.


Menjelang Ramadhan datang pula tetamu istimewa daripada Mesir, pelajar Universiti Al-Azhar, menghafal 30 Juzuk Al-Qur'an. Subhanallah. Semoga Ramadhan tahun 1436H ini menjadi Ramadhan yang lebih istimewa berbanding sebelumnya, In shaa' Allah.


Inilah dia bende alah yang selalu minta restart. Kebiasaannya saya minta postpone sampai 8 jam. Hahaha

No comments:

Post a Comment