Puji-pujian selayaknya untuk Allah SWT
"Dah kenapa tiba-tiba si Aiman ni pos pasal jodoh pulak ni?"
"Menunggu jodoh.. hmmmm"
"Aiman nak kahwin ya?? :3"
"Bila boleh makan nasik minyak engkau ni?"
Eh eh eh...
Inilah perkara biasa yang kita akan hadapi, bila-bila masa sahaja kita membuka sedikit lubang2 cerita pasal NIKAH, JODOH, KAHWIN, BAITUL MUSLIM.. Bunga telur.
Ada sahaja modal kawan-kawan/makcik-makcik nak kenakan kita. Takkan sembang pasal nikah sebab kita nak kahwin je? Kemon lah. Tak kan Ustaz Azhar Idrus sembang pasal kahwin sebab dia nak kahwin lagi?
Wallahua'lam. (Eh awal benar penutup)
Memanglah. Siapa yang tak nak kahwin? Semua orang NAK kahwin.
Even golongan songsang (LGBT) laknatullah seperti gay dan lesbian pun nak kahwin sesama jenis.
Moga Allah jauhkan kita daripada tergolong dalam golongan yang dilaknat Allah itu.
Anyway
Kalau orang tanya, "Bila kau nak mendirikan baitul muslim?"
Aku jawab, kalau boleh esok jugak aku nak kahwin.
Bila BOLEH kahwin? Itulah soalan yang paling tepat sebenarnya...
Tapi itu belakang cerita.
Berbalik kepada tujuan asal aku menulis entri ini... Tentang menunggu jodoh.
Aku selalu dengar si mamat ni cakap
"Kita harus mengamalkan 3B iaitu berdoa, beusaha dan bertawakkal dalam setiap perkerjaan yang kita lakukan dalam kehidupan kita di dunia yang serba fana ini supaya kita memperoleh kejayaan bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat serta mendapat redha Allah Subahanahu wa ta'ala dan dikurniakan syurga firdausi yang mempunyai sungai yang mengalir serta bidadari suci yang mana apabila bidadari meludah ke laut dunia, laut dunia akan menjadi wangi...blablablabla......."
.... Dahsyat syarahan beliau ya?
Tapi bila tiba pasal jodoh, konsep 3B tu tiba-tiba dah jadi 2B. Pudar dah sikit hitamnya.
ok hambar...
Bila jodoh, tinggal BERDOA dan BERTAWAKKAL sahaja. Mana BERUSAHA?
Tak semua, tapi ada segolongan ni. Mereka kata biarlah, tunggu jodoh bertandang. Cewah kosa kata gramatis.
Tunggulah Allah datangkan jodoh tu padaku. Alangkan bangau yang terbang setinggi mana pun akhirnya pulang hinggap di belakang kerbau, apatah lagi tulung rusuk kiri aku, terpisah di hujung dunia sekalipun pasti pulang kepada tuannya, seperti Adam dan Hawa!
Ayat...(gaya matlutfi)
Sebenarnya salah tu wahai sahabat-sahabat.
Aku tak dapat nak sampaikan pengajaran yang lebih baik daripada apa yang Mufti Ismail Menk boleh beri. So aku just post video lecture tu.
Tak panjang pun... Beberapa minit je pun. Tapi sangat bermanfaat, moga Allah berikan kita kefahaman, In shaa Allah.
Pesanan untuk kita semua yang mahu kahwin dan untuk para ibu bapa/penjaga. Hehe
Wallahua'lam
Khamis, 28 Ogos 2014, 10:00AM
Bukit Katil, Melaka, Malaysia, Bumi Allah SWT
No comments:
Post a Comment