Saturday, 17 October 2015

Ikhlas • Jihad • Sabar

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Mengambil masa berjam-jam meneliti sistem ekonomi umat yang merosak, menekan dan menzalimi manusia lain.

Zahirnya kita seperti merdeka. Tapi...

Status kita ini rupa-rupanya telah diikat menjadi hamba.

Kalau hamba Allah takpe lah juga.

Tapi hamba kepada buah catur taghut yang kafir kepada Allah.

Kita muflis sebenarnya.
Sampai terpaksa berjual-beli dengan menggunakan hutang.

Sistem sosial kafir yang dimplementasi dalam negara kita
Terlalu banyak kezaliman, tiada keadilan dan kejujuran

Sejarah mengajar aku begitu

Sejarah membuka mata aku
Kalau tidak semuanya, tapi cukup banyak gambaran sejarah yang memanduku untuk membuat penilaian tentang dunia hari ini.

Tapi kenapa ya?
Sedangkan umat Islam kan ramai?
Bukankah Islam itu adalah penyelesaian kepada masalah-masalah umat dari dulu sehingga selamanya?
Sepatutnya masalah perhambaan ekonomi ini boleh diselesaikan bukan?
Malah sepatutnya mudah - Sebab kita RAMAI!

Aku terkenang ayat 110 surah Ali Imran
Allah kata kita ini juara umat.
Tapi nampak gaya kita sekarang ada macam juara ke?
Allah tipu ke?
Tak mungkin bukan? Sebab ini Allah yang berbicara. Tuhan yang memberitahu kepada kita bahawa kita, umat penyembah-Nya, adalah yang terunggul.

Ya benar, memang Allah tujukan ayat ini kepada golongan ketika zaman lampau itu.
Mereka memang juara.

Our ancient warriors back in more than1400 years ago
Are the greatest victorious
Not only because they are warriors of blades merely
But also warriors of knowledge, leadership and economics.

3:110
Inilah yang selalu bermain-main dalam fikiranku

Tak kanlah Allah sahaja-sahaja nak ceritakan ayat ini tanpa ada makna tersirat
Kerana ia ayat yang diabadikan dalam kitab yang terpelihara sehingga ke hari kiamat
Rujukan utama buat umat
Untuk selamat 
Di dunia yang keparat

Atau mungkin
Aku baru sedar 
Walau seramai mana pun umat Islam hari ini berbanding 1400 tahun lalu
Kalau kita tak capai lagi kualiti ilmu dan takwa yang standard
Seperti golongan juara yang disebutkan dalam 3:110 
Maka selama itu kita masih tidak akan memenangi taghut yang mencengkam kehidupan kita
Menerusi alat-alat ekonominya dan lain-lain

Ayyuhannas...

Belum capai standard tak bermakna ia mustahil
Peristiwa Konstantinopel 1453 Masihi telah menjadi bukti
Bahawa mereka juga manusia biasa
Yang berjaya mencapai standard 

Umat kita memang lumpuh sekarang
Totally lumpuh di bawah tapak kaki manusia-manusia setan dajjal
Tapi kita mampu bangkit dari kelumpuhan ini jika
Kita buang kesombongan, laksana sombongnya Abu Jahal
Dan
Kita mahu menerima dakwah orang-orang soleh yang benar
Dan istiqamah mengikuti tarbiyah
Dari bawah 
Laksana Rasulullah s.a.w. dan para sahabat

•Ikhlas
•Jihad
•Sabar

Kalau kita pegang tiga prinsip ini
Kita pun boleh menang
Laksana Rasulullah s.a.w dan para sahabat rodhiyallahu'anhum
Yang tanpa ragu-ragu bermula dari bawah

Tak perlu tergila-gila menguasai politik dulu untuk sebarkan syiar agama
Tapi bermula dengan memberi penekanan membentuk peribadi dan pemikiran kader-kadernya dengan acuan Al-Quran.

Islamkan kadernya dulu, baru boleh islamkan ekonomi negara.

Sebab...

Ada je orang Islam yang memegang tabung pembendaharaan negara

Tapi perangai penyamun duit rakyat serupa celaka.

Ayyuhannas...

3:110
Hanya terealisasi
Jika kita secara bersama-sama...

•Ikhlas
•Jihad
•Sabar

Dalam dakwah dan tarbiyah.

Wallahua'lam

Aiman Achim
Ahad, 18 Oktober 2015, 1301 (GMT +0800)
Kajang, Selangor, Malaysia.

No comments:

Post a Comment