Wednesday 9 July 2014

Damai Yang Hilang

Bismillahirrahmanirrahim
Puji-pujian selayaknya untuk Allah SWT

Lama betul aku tak update entri baharu
Busy betul dengan test 2 untuk sem 2
Tak lama lagi, kurang daripada 2 bulan aku akan bergelar siswa UPM
Tamat pengajian selama 8 bulan di Asasi Sains Pertanian - Laluan Pantas
Semoga pilihan yang aku lakukan untuk program bachelor adalah sebahagian daripada perancangan Allah yang terbaik untuk diriku dan orang lain.

In shaa Allah.

Kali ini aku tidak berhasrat untuk menulis panjang-panjang

Even sekarang pun aku masih dalam mode peperiksaan, belajar belajar dan belajar.

Cuma aku nak kongsi muzik video
Berkaitan dengan keamanan
Kerana kebelakangan ini kita digemparkan dengan
serangan tentera Zionis Israel terhadap Gaza pada bulan Ramadhan.
Mereka, penduduk Palestin, bersahur dan berbuka dalam keadaan bersiap-siaga.
Mungkin ada yang berada dalam ketakutan yang amat.
Masakan tidak, butir-butir bom bisa sahaja jatuh ke bumbung rumah mereka pada bila-bila masa.

Maka bersyukurlah kita dengan nikmat kedamaian yang Allah kurniakan di negara ini.
Namun dalam damai kita,
Harus ingat, harus sedar
Mereka (Palestinian) juga saudara kita
Berkongsi akidah yang satu
Satu jiwa
Adalah wajib bagi kita merasa sedih terhadap keadaan daif mereka
Dan wajib untuk kita sekurang-kurangnya mencegah kezaliman dengan hati, membencinya.

Semoga mereka berjaya peroleh semula DAMAI yang hilang itu. Amin.

1. Beautiful recitation of aayah about jihad. By Sheikh Muhammad Luhaidan



2. Peace, we miss you. - Palestinians. Damai Yang Hilang by NowSeeHeart



3. Damai


Wallahua'lam
Khamis, 10 Julai 2014, 12:23 AM
Universiti Putra Malaysia, Selangor.

2 comments: