Tuesday 27 May 2014

Banyak ketawa, lupa kematian

Bismillahirrahmanirrahim
Puji-pujian selayaknya untuk Allah SWT


Sejak akhir-akhir ini, aku sedar seperkara.

Aku banyak ketawa, bergurau senda dengan kawan-kawan.

Aku sedar lagi seperkara

Ingatanku kepada Allah itu semakin pudar. Ada. Tapi...

Aku juga dapat rasakan bahawa aku telah kehilangan beberapa sifat-sifat mahmudah yang lain. Mungkin kerana terlalu banyak ketawa?

Adakah itu gambaran kerana hati aku terlalu terpaut dan cintakan dunia?

Ya, benar. Aku akuinya.


 

Secara tidak sedar, terlalu banyak ketawa itu sebenarnya menunjukkan bertapa kita enjoy dengan kehidupan dunia dan segala-gala yang berkaitan dengan keduniaan. Sehingga ke satu tahap, apabila kita rasakan dunia ini mampu memberi kebahagiaan yang hakiki kepada kita, kita akan merasa kecewa jika dunia tersebut akan meninggalkan kita.

Benarlah seperti sabdaan Rasulullah SAW mafhumnya,


"Janganlah kalian banyak ketawa, kerana banyak ketawa akan mematikan hati"
(Tirmizi dan Ibn Majah)

Dan pasti, akhlak yang unggul itu ialah yang terdapat pada diri Rasulullah SAW

“Saya tidak pernah melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ketawa terbahak-bahak hingga kelihatan tenggorok beliau, beliau biasanya hanya tersenyum.” 
(Imam al-Bukhari dan Muslim)


Aku mula bertanya kepada diri sendiri dengan soalan yang menyebabkan diriku tersentap

"Adakah jika kau akan mati esok, kau akan ketawa sebanyak ini?"

Usahkan ketawa banyak, sikit pun tak mahu. Kerana memikirkan aku akan mati esok.

Pernahkah kalian berjumpa dengan orang yang akan mati esok akibat penyakit kronik seperti kanser dll. ketawa semahunya?
Kalau ada pun, kebanyakan akan banyak mendiamkan diri daripada bergelak sakan. Jika muslim, mereka akan meluangkan kebanyakan masa berada di Masjid atau di atas tikar sejadah beribadah kepada Allah. Saling bermaafan dengan sahabat atau musuh, menulis wasiat, berbakti kepada ibu bapa, bersedekah dan lain-lain akhlak mulia.


Kesannya, akhlak menjadi lebih baik daripada sebelumnya kerana memikirkan kita akan meninggalkan dunia ini.

Kerana mati itu bila-bila masa, tak kira keadaan kita, umur kita, alim atau tidak, kematian pasti datang menjemput roh kita berpisah daripada jasad bila tiba masa yang telah Allah tetapkan.

Oleh kerana kematian itu bila-bila masa, tidak salah untuk menganggap kita mungkin akan mati esok. MUNGKIN MATI ESOK. BUKAN MUNGKIN MATI. Kerana Mati itu pasti, Hidup... In shaa Allah.

Namun, apabila kita menganggap kematian itu mungkin datang pada hari esok, tak bermakna kita mesti berputus asa daripada meneruskan kehidupan. Jangan sesekali putus asa, bahkan kita perlu mengakhiri perkerjaan kita dengan sesempurna dan sebaik yang boleh.

Kadang-kadang aku pelik, masyarakat kita cukup takut kalau berbicara tentang subjek 'Mati' atau 'Kubur' atau 'Van Jenazah' dan lain-lain. Sebagai contoh satu perbualan


A : Weh, Mat. Kalau aku mati esok, hutang aku dengan kau kira halal je lah
B : Eh, janganlah cakap macam tu.

A : Mak, alee nak beli kain putih tu 3 meter boleh? Tengah sale hebat tu!
B : Alee nak buat apa?
A : Nak buat kain kapan untuk alee, mane tau alee mati esok. Senang sikit, jimat masa. Lagipun esok sale dah tamat.

B : Eh, apa pasal cakap macam tu? Bertuah punya budak *Slap*

Kenapa perlu melenting dan marah? Padahal kematian itu adalah qada' dan qadar Allah SWT yang telah tetap.

Masyarakat kita cukup takut. Barangkali kerana kita pernah dengar cerita di dalam surat khabar dengan headline :



"Anak ucap SELAMAT TINGGAL kepada ibu sebelum kemalangan ngeri di lebuhraya"

dan sebagainya.

Subhanallah. Inilah yang berlaku jika asas akidah Islamiyah tidak kuat. 


Jika ditakdirkan kematian itu datang menjemputnya, maka ia akan berlaku. Jika tidak, maka tiadalah kematian. Sedangkan kematian itu rahsia Allah.


Bukankah jika berbicara tentang kematian itu dapat melembutkan hati yang keras lagi berkarat? 


Tak kira siapa, gangster atau abang long sekalipun. Kalau cakap pasal mati, mereka akan merasa 'tersentap' untuk berfikir sejenak.


Akhirnya, aku berharap aku dapat mengubah akhlakku, dapat mengurangkan ketawa dan lebih banyak fokus dalam usaha untuk menyumbang kepada agama dan masyarakat. In shaa Allah.



Wahai sahabat, jika kalian melihatku dalam kejahilan. Maka tariklah aku kembali keluar dari kejahilan. Ingatkanlah daku tentang kematian. Aku manusia. Aku pendosa. Aku juga lupa. Aku tak sempurna.





Wallahua'lam
Rabu 28 Mei 2014 3:50PM
Universiti Putra Malaysia, Selangor.

2 comments: