Tuesday, 8 March 2016
Hujan Bulan Mac
Bismillahirrahmanirrahim
Kali ini aku menulis dengan hati
Di tengah-tengah situasi aku tengah tertekan dan stress, aku tak tahu kenapa aku memilih untuk menulis sebagai cara untuk aku menghapuskan tekanan dan kesunyian yang aku rasa ni.
Perjalanan aku pergi balik ke kelas dan ke tempat kediamanku tidak lagi seronok dan gembira seperti sebelum ini. Kepala aku terasa berat dan serabut dengan segala masalah yang datang serentak. Seolah-olah tanpa belas kasihan membelasah hatiku sampai lunyai. Diasak dan diasak sampai dada aku rasa sempit. Kadang rasa susah nak menghirup udara. Asakan psikologi juga boleh memberikan kesan yang dapat dirasakan secara fizikal. Aneh. Tapi itulah yang berlaku.
Setelah tamat kelas hari ini, aku ingin pulang ke tempat kediamanku. Tiba-tiba air dari langit hinggap bahuku dan tak lama kemudian sekejap sahaja melebat. Hujan hari ini dirasakan luar biasa lebat dan limpahannya. Habis lencun satu badan termasuk pakaian-pakaianku dan apa-apa sahaja yang berada dalam begku. Jam menunjukkan pukul 5:38 petang. Aku singgah ke
Monday, 4 January 2016
Subscribe to:
Posts (Atom)