Monday, 2 November 2015

[Tadabbur] 17:18 - Bakhilkah kita?



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Allah subhanahu wa ta'aala berkata dalam ayat ke-18 dalam surah al-Israa' :

"Sesiapa yang menghendaki (kesenangan hidup) dunia, Kami akan segerakan kepadanya dalam dunia apa yang Kami kehendaki, bagi sesiapa yang Kami kehendaki; kemudian Kami sediakan baginya neraka Jahannam, untuk membakarnya dalam keadaan yang hina lagi terusir."
Segala pujian selayaknya milik Allah S.W.T., satu-satunya Tuhan yang layak disembah dan ditaati segala perintah-Nya dan dijauhi segala tegahan-Nya.

Allah S.W.T. dalam mengurniakan kepada kita pelbagai nikmat kehidupan di dunia ini. Antara nikmat-nikmat tersebut adalah seperti nyawa, kesempurnaan fisik tubuh, kesihatan, harta-harta, tempat tinggal untuk berehat dan berbagai-bagai lagi nikmat dunia yang telah Allah kurniakan kepada kita tak terhintung banyaknya. Supaya dengan nikmat-nikmat tersebut, kita mampu melaksanakan amanah kita sebagai manusia yang lemah dan sekaligus sebagai hamba Allah S.W.T. Seperti yang Allah telah beritahu kepada kita tentang tujuan penciptaan kita dalam surah ad-Dzariyat ayat 56:

Saturday, 17 October 2015

Ikhlas • Jihad • Sabar

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Mengambil masa berjam-jam meneliti sistem ekonomi umat yang merosak, menekan dan menzalimi manusia lain.

Zahirnya kita seperti merdeka. Tapi...

Status kita ini rupa-rupanya telah diikat menjadi hamba.

Kalau hamba Allah takpe lah juga.

Tapi hamba kepada buah catur taghut yang kafir kepada Allah.

Kita muflis sebenarnya.
Sampai terpaksa berjual-beli dengan menggunakan hutang.

Sistem sosial kafir yang dimplementasi dalam negara kita
Terlalu banyak kezaliman, tiada keadilan dan kejujuran

Sejarah mengajar aku begitu

Wednesday, 12 August 2015

Kenapa Kita Malas Membaca?


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
  
 
Kita tahu membaca merupakan satu aktiviti bermanfaat. Ada orang membaca kerana ia memang adalah hobi untuk mengisi masa lapang. Ada orang membaca atas dasar keperluan seperti menuntut ilmu. Dan ada juga orang yang membaca atas dasar keterpaksaan seperti seseorang yang mula berjinak-jinak dalam fotografi tapi terpaksa membaca majalah berkaitan fotografi untuk mengetahui asas-asas teknik dalam menggunakan kamera kerana malu bertanya kepada orang. Dan sebagainya.
 
Sememangnya membaca adalah amalan sangat banyak manfaatnya sekiranya dipraktikkan. Antara 'output' daripada bacaan bermafaat adalah:
1. Mendapat ilmu
2. Meluaskan pandangan
3. Melatih dan memperkembang daya dan gaya berfikir
4. Membetulkan perkara yang salah
5. Menghilangkan keraguan dan memupuk keyakinan
6. Meluaskan wawasan hidup dan pekerjaan
7. Membuang kebodohan dan kejahilan (kalau bahan bacaan tak membodohkan pembaca)
8. Menaikkan semangat dan motivasi
9. Menggelojakkan keinginan dan semangat inkuiri
10. Meningkatkan taqwa
11. Menenangkan hati dan jiwa
 
dan lain-lain manfaat. Jika diminta saya untuk menyenaraikan sehingga 100 manfaat membaca pun boleh. Kerana membaca sangat penting dalam kehidupan seorang manusia yang dikurniakan akal untuk berfikir dan membuat keputusan berdasarkan akal dan wahyu.
 
Membaca juga dikatakan very important and urgent sehinggakan wahyu al-Qur'an yang terawal dan paling pertama sekali memberitahu kepada manusia supaya 'Membaca'!

Tuesday, 7 July 2015

Tadabbur Surah Ali Imran ayat 102 -103



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih


Allah swt berfirman dalam surah 3 ayat 102 dan 103



Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan kamu ( mati dalam keadaan beragama) Islam. (Ali Imran 3:102).

Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hati-hati kamu, lalu menjadilah kamu, karena nikmat Allah, orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang Neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk. (Ali Imran 3:103)

Untuk kita

Firman Allah swt tersebut dimulai dengan menujukan kata-kata-Nya spesifik kepada satu golongan. Bukan sesiapa. Bukan untuk orang Kristian dan Yahudi. Bukan juga untuk orang beragama Buddha, Hindu, Zoroastrian mahupun Ateis. Tetapi Allah tujukan untuk orang-orang yang beriman. 

Friday, 19 June 2015

Andai kata hati ini

Andai kata hati ini boleh dihidu,
Sudah lama terbau segala rindu.

Andai kata hati ini boleh diketuk,
Sudah lama diri boleh dibentuk.
Andai kata hati ini boleh diubat,
Sudah lama iman tak terseksa rapat.

Wednesday, 17 June 2015

Apa yang kita mahu vs Apa yang mereka perlu

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih


Alhamdulillah pagi ini tamat lagi satu kertas peperiksaan akhir. Hanya tinggal 3 kertas lagi untuk diduduki dan seterusnya tirai semester 2 akan dilabuhkan.

Selepas selesai menjawab, aku tidak pulang tempat kediaman, sebaliknya terdetik untuk beriktikaf sebentar di Masjid UPM sekaligus menunaikan 2 rakaat solat sunat dhuha.

Dalam solat teringat pula ada banyak kerja-kerja yang perlu disegerakan belum diselesaikan. Ah sudah. Berkecai khusyuk aku dek syaitan dari mana entah membisik ke telingaku. Masa ni lah baru nak fikir macam-macam pasal kerja tak siap.