Bismillahirrahmanirrahim
Puji-pujian selayaknya untuk Allah SWT
"Dah kenapa tiba-tiba si Aiman ni pos pasal jodoh pulak ni?"
"Menunggu jodoh.. hmmmm"
"Aiman nak kahwin ya?? :3"
"Bila boleh makan nasik minyak engkau ni?"
Eh eh eh...
Inilah perkara biasa yang kita akan hadapi, bila-bila masa sahaja kita membuka sedikit lubang2 cerita pasal NIKAH, JODOH, KAHWIN, BAITUL MUSLIM.. Bunga telur.
Ada sahaja modal kawan-kawan/makcik-makcik nak kenakan kita. Takkan sembang pasal nikah sebab kita nak kahwin je? Kemon lah. Tak kan Ustaz Azhar Idrus sembang pasal kahwin sebab dia nak kahwin lagi?
Wallahua'lam. (Eh awal benar penutup)
Memanglah. Siapa yang tak nak kahwin? Semua orang NAK kahwin.
Even golongan songsang (LGBT) laknatullah seperti gay dan lesbian pun nak kahwin sesama jenis.
Moga Allah jauhkan kita daripada tergolong dalam golongan yang dilaknat Allah itu.
Anyway
Kalau orang tanya, "Bila kau nak mendirikan baitul muslim?"
Aku jawab, kalau boleh esok jugak aku nak kahwin.
Bila BOLEH kahwin? Itulah soalan yang paling tepat sebenarnya...
Tapi itu belakang cerita.
Berbalik kepada tujuan asal aku menulis entri ini... Tentang menunggu jodoh.