Wednesday, 19 March 2014

Debaran

Bismillahirrahmanirrahim
Puji-pujian selayaknya untuk Allah SWT

Assalamualaikum w.b.t dan selamat datang ke ruang blogku.

Pertama sekali terima kasih kerana mengunjungi blog ni. Dah lama sangat aku tak update sebab busy sangat semenjak dua menjak ni.

Hari ini 19 Mac, esok 20 Mac 2014.
Esok hari apa?

Esok adalah hari di mana semua calon-calon spm 2013 merasa gugup dan saspen.
Kerana 20 mac 2014 akan menjadi saksi pengumuman keputusan peperiksaan SPM 2013 di seluruh Malaysia

Aku juga merasakan debarannya. Tipulah kalau kata tak cuak.

Tapi aku tak memandang result SPM sebagai sesuatu yang terpenting.
Kalau aku dapat result yang baik, Alhamdulillah.
Kalau aku dapat result yang kurang baik, tak mengapalah.

Bukannya dunia ini akan ditimpa musibah pun kalau aku dapat result teruk. So, tak perlu nak sedih-sedih sangat.

What's far more important is, whether we success or not, just remember to not stop running after that.

Kalau tidak berjaya, teruskan usaha mencipta kejayaan,
Kalau dah berjaya, teruskan usaha mencipta lebih banyak kejayaan.

Tapi aku sentiasa mendoakan supaya kejayaan yang cemerlang dapat dikecapi oleh kami, Batch De'Zlatanera, 166 calon-calon SPM 2013, Sekolah Berasrama Integrasi Selandar, Melaka. Amiin.

Sunday, 2 March 2014

Pemuda sebagai Khalifah

Bismillahirrahmanirrahim
Puji-pujian selayaknya untuk Allah SWT.

Aku berharap pemudalah yang paling ramai membaca entriku pada kali ini.
Kerana entri ini aku dedikasikan khas untuk semua pemuda-pemuda Islam yang aku kasihi kerana Allah.

Siapa pemuda?

Pemuda ialah orang yang muda. Juga disebut sebagai 'Remaja'. Dalam bahasa Arab disebut sebagai 'Syabab'. Aku lebih gemar mengenakan gelaran pemuda kepada sesiapa sahaja yang

1. Bersemangat tinggi
2. Berfikiran cerdas, cerdik dan kreatif.
3. Kuat fizikal dan lincah

Tak kiralah kalau aku ada terjumpa orang yang berumur 70 tahun sekali pun, tapi jika ketiga-tiga ciri tersebut ada pada dia, maka bagi aku beliau adalah PEMUDA.

Mengapa Khalifah?

Aku suka untuk memetik satu dalil daripada Kalamullah (Kata-kata Allah) yang berbunyi :

"..Aku ingin menjadikan manusia sebagai khalifah di bumi.." (Surah al-Baqarah : 30)

Umumnya, khalifah itu dimaksudkan sebagai pemimpin. Juga dalam konteks lainnya, dimaksudkan khalifah itu ialah orang yang menjadi pemimpin umat Islam seluruh dunia menggantikan Rasulullah SAW setelah kewafatan baginda. Kita ada Khalifah Abu Bakar, Khalifah Umar dan lain-lain seperti yang diketahui umum.

Nak dijadikan cerita khalifah itu manusia. Bukan haiwan. Bukan juga serangga atau jin. Tetapi manusia.

Dan pada pendapat aku sebaik-baik khalifah ialah orang yang muda iaitu PEMUDA.

Cuba kalian berfikir, apakah pada awal penciptaan Nabi Adam a.s. Allah jadikan baginda sebagai bayi? Atau orang tua?
Tidak. Bahkan sebagai pemuda! Orang yang mempunyai ciri-ciri seperti di atas.

Bersemangat? Sudah tentu! Baginda sanggup memikul tanggungjawab sebagai khalifah. Satu tanggungjawab yang pernah ditolak oleh semua makhluk-makhluk Allah yang lain termasuk gunung-ganang, laut, langit dan lain-lain.

Cerdik? Sudah tentu! Baginda kan pernah diajar oleh Allah tentang 'nama-nama' di mana para malaikat tidak sendiri pun tak tahu. Tapi Nabi Adam a.s. tahu! Maknanya, Nabi Adam a.s. lebih berilmu, lebih cerdik berbanding para malaikat. Kalian boleh rujuk surah al-baqarah ayat 31-33.

Kuat fizikal? Sudah tentu. Bukankah Allah juga berfirman dalam Quran bahawa Adam itu diciptakan dalam kesempurnaan?

Pembaca sekalian.
Allah menciptakan Adam yang bersedia memikul tanggunjawab berat sebagai khalifah di bumi ketika baginda itu seorang pemuda.

Itu adalah satu signifikan yang dapat kita simpulkan bahawa pemudalah golongan yang paling tepat dan bersedia menjadi pemimpin atau Khalifah!

Tetapi, para pembaca yang dimuliakan.

Aku berasa sedih yang amat. Melihat golongan pemuda di negara ini kelihatannya tidak bersedia untuk menjadi khalifah.
Pemuda kita dihasut untuk mengejar cinta luar nikah. Couple. Belikan hadiah untuk awek. Text siang malam. Banyak berhibur. Setiap masa mahu main game Xbox, playstation, online games. Malas menuntut ilmu.

Segala-galanya tidak kena.

Bagaimana nak membela Islam kalau kualiti para pemuda Islam kita masih pada tahap yang rendah?

Aku jadi bingung memikirkannya. Kerana aku juga pemuda. Aku mahu berjuang bersama pemuda-pemuda Islam yang lain kerana aku tak mampu bergerak sendirian!

Saidina Umar al-Khattab pernah berkata
"Jika mahu melihat masa depan umat Islam, lihatlah para pemudanya."

Jadi, para pembaca sekalian....

Apakah kita sedang melihat masa depan umat Islam yang suram?

Fikir-fikirkanlah, wahai pemuda Islam sekalian.

Kalian ialah saudara-saudaraku. Mana mungkin aku mahu meninggalkan kalian jauh daripada Allah.
Aku akan usaha untuk mendekati dan memimpin kalian. Dan aku juga bersedia untuk dipimpin.

Ayuh pemuda Islam. Kita mula mengorak langkah baharu. Kita harus gigih memperbaiki diri.
Dekatkan diri kepada al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW. Tuntut sebanyak mungkin ilmu pengetahuan.

Sambil-sambil itu, kita turun untuk membela Islam.

Kerana Pemuda ialah Penakluk Zaman.






Bangkitlah menentang kezaliman!



Dirikanlah Solat untuk mengingati Allah!



Sembahlah dan Tawakkal lah kepada Allah! Dia Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui!



.
.
.
Katakanlah "Sesungguhnya solatku, seluruh ibadah perhambaanku, kehidupanku dan kematianku, segala-galanya bulat-bulat kugadaikan untuk Allah, Tuhan seluruh alam semesta." (Al-An'am : 162)



In shaa Allah, sekadar itu sahaja
Maafkan aku.

Wallahua'lam
Ahad 2 Mac 2014 3:57PM
Universiti Putra Malaysia Serdang, Selangor, Malaysia.