Tuesday 30 December 2014

Mushaf 2014 ditutup dan disimpan di dalam laci

Bismillahirrahmanirrahim
Puji-pujian selayaknya untuk Allah SWT



Pejam celik pejam celik
Dah tiba ke penghujung tahun 2014.

Secara personal aku rasakan tahun ini adalah tahun yang sangat mencabar.

Eleh setiap tahun pun akan rasa macam tu, laut mana yang tak berombak?

Tapi itulah, setiap cabaran dan masalah yang kita hadapi saban tahun sebenarnya jika sedar ia telah mematangkan cara kita berfikir dan bertindak.

Saban tahun aku banyak belajar perkara baharu, yang dulunya aku takrifkan perkara mudah secara teorinya. Secara praktikal? Habis fail.

Kerana apa?

Ada perkara yang kita harus harunginya sendiri, dan perasaannya pasti tidak akan sama.

Aku belajar erti persahabatan.
Aku belajar erti pengkhianatan.
Aku belajar erti kesabaran dalam menghadapi orang yang menyakitkan hati.
Aku belajar erti kemaafan terhadap orang yang dibenci.

Pelajaran kehidupan, kita tak boleh belajar secara teori.
Kita harus lalui.

Kita tak boleh sewenang-wenangnya menuduh, bersangka buruk atau mencaci seseorang itu di dalam hati.

"Dia ini hisap rokok, mesti budak jahat. Baik aku blah takut terpengaruh pulak."

"Minah ni tudung pendek, tergedik-gedik dengan lelaki, mulut lancang takde insurans. Tak tahu ke neraka tu panas? Entah solat ke tak ni..."

"Yang dating-dating ni belum komfem kahwin, tak yah nak bajet bahagia sangat lah... Mulalah nanti ada zina dan sebagainya."

Terlalu banyak cacian dan makian dalam hati yang dipendam
Tak diluahkan dengan lidah melainkan dipendam dan diperam dalam hati sehingga ia membusuk.

Terlalu banyak hukuman dan tuduhan.

Aku tahu itu adalah masalah.
Aku tahu itu adalah barah.
Barah yang harus dicegah.

Tapi?

Apa usaha yang telah aku lakukan untuk selesaikan? Jawapannya TAK ADA.

Aku hanya tahu menghukum dan mencaci. Walaupun sebenarnya tak baik untuk hati. I was a judgmental person before.

But now.

Aku tahu, ia harus bermula dengan satu perbualan.

Kenal mereka, tanya tentang diri mereka serta latar belakang mereka.
Barulah aku tahu mereka ini telah mengharungi pelbagai cerita.
Pelbagai mehnah dan tribulasi.
Tangisan dan sedu menghiasi suasana.

Mereka pernah terfikir untuk berubah.
Tetapi mereka masih terpinga-pinga, apakah solusinya?
Mereka mahu, tapi tak tahu.
Kerana ramainya orang yang hanya tahu menghukum berbanding orang yang mahu membimbing.
Cakap sahaja tapi tak buat!

Mereka masih dalam keadaan begitu, terperangkap dalam penjara kejahilan.
Kerana wujudnya orang-orang yang hanya tahu melontar tomahan.
Orang-orang yang mahu memimpin tangan? Seolah-olah satu dan ribuan.

Percayalah, bahawa segala-galanya harus bermula dengan kasih sayang sesama manusia.

Learn to love instead of hate!

Sebelum kita selami lautan, kita tidak tahu ada keindahan yang hebat di bawah sana.
Selamilah kisah mereka, cuba cari titik persamaan.
Cuba cari titik persahabatan.
Cuba cari titik perubahan.

Ada orang kata, kejahilan itu bukan pilihan.
Bukan kerelaan.

Bantulah mereka berubah.
Jangan tunggu usia senja sudah
Sudah terhantuk baru terngadah

Hentikan hukuman dan cacian.
Mulakan perbualan.
Mulakan bimbingan.

Semoga tahun 2015 akan datang akan memberi aku pelajaran kehidupan yang lebih bermakna.
Dan semoga aku lebih bertakwa kepada Allah daripada sebelumnya.
Bukan mengharap hanya perkara yang baik-baik sahaja terjadi hendaknya,
Bukan juga mengharap agar dihentikan ombaknya
Tapi mengharap Tuhan memberiku kekuatan melucuri derasnya.

Wallahua'lam
Rabu, 31 Disember 2014, 9:32 AM
Atas meja studi. #PrayForFinalExam #PrayForMangsaBanjir
Serdang, Selangor

2 comments: