Saturday 18 October 2014

Cuti Mid-Sem Telah bermula

Bismillahirrahmanirrahim
Puji-pujian selayaknya untuk Allah SWT

Pagi Ahad ini aku merasa tenang
Perasaan girang, jiwa tenang, hati lapang, keresahan hilang.

Alhamdulillah kupanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT.

Kupinjam sedetik lebih untuk memikirkan sebab di sebalik ketenangan yang kurasai pada waktu dhuha ini.

Ketika aku menaip entri ini bersebelahan sliding door berkaca lutsinar yang separuh terbuka, membenarkan angin pergunungan Gombak pagi ini menampar lembut pipiku dan menggeletek cuping telingaku.

Bersama kesunyian yang aku tafsirkan sebagai ketenangan walaupun sekali-sekala diganggu dengan bunyi motokar yang bersimpang-siur di jalan besar.


Apakah sebabnya? Aku suka untuk menggunakan analogi cawan.

Ada apa dengan cawan?

Cawan kosong jika tidak diisi dengan air (kebaikan), pasti akan terisi dengan habuk (perkara sia-sia, maksiat)

Cawan itu umpamanya seperti masa. Atau kadang-kadang boleh juga dikaitkan dengan hati.

Waktu lapang (cawan kosong), jika tak digunakan untuk membuat kebajikan, ibadah, berukhuwah, menuntut ilmu dan seumpamanya, pasti ia akan akan disalahgunakan untuk, jika tidak bermaksiat, melakukan dosa, membuat perkara sia-sia.

Subhanallah, aku tahu hati ini tidak lagi sempit dengan kekusutan kerana aku tidak masukkan perkara sia-sia di dalamnya, sebaliknya jika masukkan Tuhan di dalamnya, pasti hati menjadi luas.

Cuti mid-sem telah bermula.
Hari pertama percutianku telah pun kugunakan untuk merawat jiwa yang berdosa pada Allah ini
Bersama sahabatku Syed Aidil, kami menghadiri sebuah seminar berbayar bertempat di Auditorium Utama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak.


Seminar Untuk Kita Pendosa (KUASA) 2.0 
Anjuran Langit Ilahi.

Persediaannya ialah perlu sucikan jiwa
Sama seperti sebelum Muhammad S.A.W. ditabalkan menjadi Rasul terulung, pemimpin umat
Persediaannya ialah disucikan jiwanya
Signifikan peristiwa dibelah dadanya oleh 2 malaikat.

Setelah tamatnya seminar itu, sahabatku ini mengajakku bermalam di kondominiumnya berdekatan kawasan itu juga. 

Dan pagi ini aku bangun.
Membuka laptop Acer Aspire milik sahabatku
Menulis entri ini.

Cuti mid-sem telah bermula. 
Dan aku mulai matang dalam berfikir mengenai analogi cawan itu.
Seminggu itu boleh jadi dugaan buat imanku.
Perkara sia-sia mungkin menanti di pintu
Menanti peluang ketika ku kaku
Namun tak akan kubiarkan ia berlaku

Apakah yang menantiku hari ini?

Pandang ke luar jendela.
Cuti mid-sem telah bermula

Wallahua'lam
Ahad, 19 Oktober 2014, 10:43 PM
Kondominium PV 2, Gombak, Selangor.

No comments:

Post a Comment